Thursday, September 30, 2010

The Good & Bad, & sugestions

Kebaikan dan Keburukan menguna ICT untuk belajar

Kebaikan


  • Kelas boleh diadakan pada cuti.
  • Tidak payah menyediakan Projector atau alat-alat untuk memberi presentation.
  • Tidak ada orang yang boleh menggangu kelas - membuat bunyi bising.
  • Selesa - tak payah memakai baju sekolah
  • Lebih menyeronokkan.
Keburukan
  • Pelajar boleh "ponteng" kelas dengan memberi banyak alasan yang tidak boleh disahkan - ibu saya tidak membenarkan saya mengguna komputer, saya perlu keluar makan dengan keluarga saya.
  • Tidak akan tahu pelajar tersebut mengguna nama samaran - abang, adik, kawan mengantikan tempat pelajar tersebut.
  • Perlu ada internet yang cepat dan komputer yang berkemampuan.
  • Guru tidak boleh menghukum pelajar.
  • Banyak pengganguan - facebook, myspace, youtube.
  • Sesetengah pelajar tidak tahu menguna komputer.

Pada pendapat saya menguna ICT pada zaman sekarang kurang sesuai, kerana tidak semua murid mempunyai akses kepada komputer, atau mempunyai pengetahuan asas untuk menguna komputer. Selain itu, terdapat terlalu banyak pekara, spererti laman web Facebook, permainan video, dan lain-lain yang akan menganggu tumpuan pelajar terhadap cikgu.

Tingkatan 1 - Bab 4 - Kerja Paip

[Nota] Tingkatan 1 - Bab 4 - Kerja Paip

4.1 SISTEM BEKALAN AIR DI RUMAHSistem Terus
: Sistem terus ialah sistem saliran air dari meter air terus kepada kelengkapan rumah seperti paip dan tangki air.

Sistem tak Terus
: Sistem tak terus menyalurkan bekalan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan air rumah yang lain melalui paip agihan.

----------------------------------------------------------------------------------------------

4.2 JENIS PAIP

1. Paip PVC
-PVC adalah singkatan Poli Vinyl Chlorida
-Berwarna kelabu & putih, permukaan licin dan ringan
-Diguna sebagai paip perkhidmatan, paip agihan, sistem paip pengaliran air buangan.
-Saiznya mengikut ukuran diameter bahagian dalam batang paip
-Saiz biasanya seperti 13mm, 20mm, 25mm, 32mm, 38mm dan 50mm.
-PVC tidak berplastik digunakan dalam paip pembentungan sisa kumuhan, pemprosesan air dan pelupusan bahan kimia.

2. Paip Besi Galvani
-Tahan lama.
-Saiz yang biasa 13mm, 20mm, 25mm, 32mm, 38mm dan 50mm.
-Panjang piawai (tetap) paip ini ialah 6 meter.
-Ada 3 gred iaitu A,B dan C
-Gred A > Kod warna coklat > Dinding nipis > Guna sbg paip limpah, paip sisa.
-Gred B > Kod warna biru > Dinding sederhana tebal > Guna sbg paip agihan air panas
-Gred C > Kod warna merah > Dinding tebal > Guna sbg paip perhubungan & perkhidmatan.

3. Paip Poli
-Kebiasaannya warna hitam.
-Diguna sebagai paip perkhidmatan, khasnya paip utama bawah tanah.
-Saiz biasa 20mm, 25mm dan 35mm
.
----------------------------------------------------------------------------------------------

4.3 BAHAN PEMASANGAN PAIP


1.Pita PTFE (Poly Tetra Fluoro Ethylene)
-Digunakan untuk penyambungan paip BG.
-Dililit mengikut arah jam pada ulir (benang) sebelum bahan penyambung paip.
-Lembut dan berwarna putih

2.Glu Paip PVC
-Disapu pada bahagian sambungan supaya sambungan menjadi kukuh dan tidak mudah bocor.
-Merupakan bahan pelarut atau pelekat seperti gam.
-Dalam bentuk cecair pekat.

Tingkatan 1 - Bab 1 - Organisasi Bengkel dan Keselamatan

[Nota] Tingkatan 1 - Bab 1 - Organisasi Bengkel dan Keselamatan

1.1 Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan
1. Organisasi bengkel adalah sistem pengurusan bengkel berasaskan kerjasama guru dengan murid.
2. Murid menjalankan tugas secara berkumpulan,bergilir-gilir, mengikut etika dan bersistematik.

1.1.1 Struktur Organisasi Bengkel
Diketuai oleh seorang formen dan dibantu oleh seorang penolong formen bagi setiap kelas.


1.1.2 Langkah Keselamatan

AMALAN 4M
(1) Membersih
- Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat
-Menitikberatkan kebersihan diri dan mental
-Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek
-Kebersihan mental iaitu berfikiran positif
-Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu :
a. Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah)
- Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering
- Jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair
b. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi.

(2) Menyusun Atur
-Guna alat mengikut kegunaannya
-Simpan alat di tempat yang betul

(3) Menilai
-Menilai diri sendiri dan tempat kerja
-Melaksanakan sikap penuh bertanggungjawab
-Melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan pertolongan cemas serta penggunaan alat pemadam api.

(4) Mendisiplin
-Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

KESELAMATAN AM
1. Keselamatan Bengkel
-Lantai tak licin
-Murid mesti melaporkan kemalangan kepada guru
2. Keselamatan Diri
-Jangan bergurau dan berlari dalam bengkel
-Memakai apron dan kasut getah
3. Keselamatan Alatan
-Tangan mestilah bersih dari kotoran dan minyak
-Gunakan alatan mengikut fungsinya
4. Keselamatan Penggunaan Elektrik
-Pastikan tangan tidak basah
-Jangan menggunakan peralatan yang rosak

PENGELASAN ALAT PEMADAM API
*Kelas A (jenis air)
Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan kertas
*Kelas B (jenis Buih)
-Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat
*Kelas B & C (jenis karbon dioksida)
-Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya
*Kelas A, B dan C (jenis serbuk kering)
-Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C.






*Etika Kerja merangkumi disiplin dan sikap seperti menepati masa, bertanggungjawab, amanah dan patuh kepada arahan.

*Budaya Kerja bermaksud peradaban yang menjadi amalan semua pekerja

Tingkatan 1 - Bab 8 - Asas Elektromekanikal

[Nota] Tingkatan 1 - Bab 8 - Asas Elektromekanikal

Konsep pergerakan mekanikal
- Pergerakan mekanikal ialah satu sistem yang membolehkan sesuatu barang bergerak atau berputar.

Pergerakan mekanikal ada 3 cara:
1. Manual - yang digerakkan oleh manusia. Contoh: basikal, gerudi tangan, pemukul telur.
2. Enjin – digerakkan oleh bahan api(petrol). Contoh: kereta, motosikal, mesin rumput, bot.
3. Motor elektrik – motor elektrik (suis/bateri) – kipas elektrik, mesin gerudi, mesin basuh.

Jenis pergerakan mekanikal ada 2 :
1. Pergerakan lurus
2. Pergerakan putaran

Pergerakan mekanikal akan melalui keadaan berikut :
INPUT -> PROSES -> OUTPUT

Contoh: Pergerakan basikal
INPUT (Pergerakan kaki manusia)
PROSES (Pergerakan gear dan rantai basikal)
OUTPUT (Pergerakan tayar basikal)

Tingkatan 2 - Bab 4 - Masakan

[Nota] Tingkatan 2 - Bab 4 - Masakan

4.1 Perancangan Menu
-Berikut adalah faktor-faktor penting yang perlu diambil kira sewaktu merancang menu atau menrancang sesuatu masakan:
• Tujuan hidangan (formal atau tidak formal)
• Kegemaran/Ketidak sukaan ahli.
• Keperluan (berkaitan kesihatan ahli)
• Keseimbangan sajian (warna, rasa, bahan, kaedah)
• Perbelanjaan (wang, bajet)
• Bilangan ahli keluarga.

4.2 Hidangan Sepinggan Lengkap
- Hidangan Sepinggan Lengkap ialah hidangan yang seimbang yang mempunyai kandungan nutrien yang lengkap untuk tubuh. (nutrien ialah karbohidrat, protein, vitamin, lemak, garam mineral dan air)
Contoh:-
• Bagi cara orang timur – mi goreng, nasi lemak, nasi goreng
• Bagi cara barat – burger, sandwic, pizza
• Bagi masyarakat setempat – lontong, laksa johor, nasi dagang
• Minuman:-
- minuman berkhasiat: susu, koko, bijirin
- minuman menyegarkan: air buah, air botol atau tin.

4.3 Alat kelengkapan dapur
- alat kelengkapan dapur seperti alas meja, kain dapur, gubahan bunga dan kad menu digunakan semasa menyedia, memasak dan menyaji makanan.
- makanan yang dihidangkan dengan alatan dan kelengkapan dapur yang sempurna akan kelihatan lebih menarik dan menyelerakan.

Tingkatan 3 - Bab 3 - Elektronik - Suis Mikro

[Nota] Tingkatan 3 - Bab 3 - Elektronik - Suis Mikro

SUIS MIKRO


- Suis mikro mempunyai 3 kaki. Kaki pertama merupakan kaki utama.

- kaki pertama dipanggil sebagai COM (common)

- kaki tengah ialah NO (normally open)

- kaki ketiga ialah NC (normally close)

- Suis ini boleh berfungsi sebagai suis tekan tutup apabila kaki COM disambung dengan kaki NO.

- Suis ini boleh berfungsi sebagai suis tekan buka apabila kaki COM disambung dengan kaki NC.

- Alat pemateri yang sesuai berkuasa 15W – 30W

Tingkatan 2 - Bab 1 - Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

[Nota] Tingkatan 2 - Bab 1 - Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

BAB 1: REKA BENTUK

1.1Faktor reka bentuk

Ada 9 faktor reka bentuk:

(1) Fungsi – reka bentuk boleh berfungsi
(2) Rupa bentuk – rupa yang menarik
(3) Kesesuaian bahan – bahan yang sesuai
(4) Kaedah pembinaan – sistematik dan teratur
(5) Ketahanan – tahan lama
(6) Kemasan – menarik dan sesuai warnanya
(7) Kos produk – harga yang berpatutan
(8) Nilai komersial – menepati kehendak pengguna
(9) Keselamatan – selamat untuk digunakan


1.2 Jenis Bahan dan Pengikat

(1) Aluminium
-Ialah logam bukan ferus Ringan, tidak berkarat Mudah dibentuk Pengalir elektrik dan haba yang baik Sesuai untuk barang perhiasan, kabel elektrik dan peralatan rumah.

(2) Keluli
· Sejenis logam ferus
· Mudah dibentuk dan mudah berkarat jika tidak dicat.
· Sesuai untuk membuat skru, paku, jeriji pintu dan tiang bangunan.

(3) PVC (Poly Vynil Chlorida)
· Bersifat ringan, tidak berkarat, mudah dikendali
· Mudah disambung dengan soket atau simen pelarut.
· Banyak digunakan dalam kerja perpaipan.

(4) Perspek
· Mempunyai permukaan licin dan berkilat.
· Kepingan plastik yang keras.
· Terdapat pelbagai warna.
· Sesuai untuk membuat papan tanda/no.plet.