Thursday, September 30, 2010

Tingkatan 2 - Bab 5 - Tanaman Hiasan

[Nota] Tingkatan 2 - Bab 5 - Tanaman Hiasan

  1. Pemasuan Semula
    1. Kelebihan menanam tanaman dalam pasu
      1. Tanaman mudah dialihkan
      2. Tidak memerlukan kawasan yang luas
      3. Boleh disusun dengan susunan yang menarik
    2. Kekurangan menanam tanaman dalam pasu
      1. Terhad kepada beberapa jenis tanaman kecil sahaja
      2. untuk tanaman jangka masa singkat sahaja
      3. perlu pemasuan semula apabila tanaman kurang subur
    3. Sebab-sebab pemasuan semula
      1. Pasu retak atau pecah
      2. Pasu terlalu padat dengan akar tanaman
      3. Tanaman terlalu besar atau terlalu merimbun
      4. Tanaman tidak lagi subur akibat kekurangan nutrien
      5. Tanaman kurang segar dan berpenyakit

      Pasu retak hendaklah ditukar
    4. Menyediakan Medium Pemasuan
      1. Medium memasu terdiri dari i. Tanah loam ii. Bahan Organik iii. Pasir Sungai
      2. Nisbah medium memasu ialah
        Tanah LoamBahan OrganikPasir Sungai
        321
      3. Semua bahan medium hendaklah ditapis agar menjadi lebih halus dan tidak mengandungi bahan asing.
      4. Sukat bahan medium dengan nisbah 3:2:1 atau 7:3:2

        Campuran medium memasu
      5. Gaulkan sehingga rata
    5. Memilih Pasu
      1. Pasu boleh dibeli atau menggunakan semula pasu sedia ada
      2. Di pasaran terdapat beberapa jenis pasu
        1. Pasu tanah liat
        2. Pasu plastik
        3. Pasu seramik
      3. Pasu boleh didapati dalam pelbagai saiz , kecil, besar leper dan gantung
    6. Menyediakan Pasu
      1. Pilih jenis pasu yang sesuai dengan tanaman dan kedudukan letak pasu tersebut
      2. Pilih pasu yang lebih besar daripada pasu asal
      3. Jika menggunakan pasu baru , rendam semalaman dalam air
      4. Jika menggunakan pasu terpakai, rendam dalam larutan formalin semalaman untuk membunuh bakteria
      5. Tutup lubang pasu dengan serpihan pasu atau dengan batu kelikir untuk menggelakkan medium keluar ketika menyiram
    7. Langkah-langkah Pemasuan Semula

    Memasu juga adalah proses memindahkan anak pokok daripada beg poli ke dalam pasu
  2. Penjagaan tanaman
    1. Menyiram

      Menyiram
    2. Membaja
    3. Merumput
    4. Mengembur

      Menggembur
    5. Mengawal perosak

No comments:

Post a Comment