Thursday, September 30, 2010

Tingkatan 1 - Bab 1 - Organisasi Bengkel dan Keselamatan

[Nota] Tingkatan 1 - Bab 1 - Organisasi Bengkel dan Keselamatan

1.1 Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan
1. Organisasi bengkel adalah sistem pengurusan bengkel berasaskan kerjasama guru dengan murid.
2. Murid menjalankan tugas secara berkumpulan,bergilir-gilir, mengikut etika dan bersistematik.

1.1.1 Struktur Organisasi Bengkel
Diketuai oleh seorang formen dan dibantu oleh seorang penolong formen bagi setiap kelas.


1.1.2 Langkah Keselamatan

AMALAN 4M
(1) Membersih
- Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat
-Menitikberatkan kebersihan diri dan mental
-Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek
-Kebersihan mental iaitu berfikiran positif
-Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu :
a. Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah)
- Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering
- Jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair
b. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi.

(2) Menyusun Atur
-Guna alat mengikut kegunaannya
-Simpan alat di tempat yang betul

(3) Menilai
-Menilai diri sendiri dan tempat kerja
-Melaksanakan sikap penuh bertanggungjawab
-Melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan pertolongan cemas serta penggunaan alat pemadam api.

(4) Mendisiplin
-Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

KESELAMATAN AM
1. Keselamatan Bengkel
-Lantai tak licin
-Murid mesti melaporkan kemalangan kepada guru
2. Keselamatan Diri
-Jangan bergurau dan berlari dalam bengkel
-Memakai apron dan kasut getah
3. Keselamatan Alatan
-Tangan mestilah bersih dari kotoran dan minyak
-Gunakan alatan mengikut fungsinya
4. Keselamatan Penggunaan Elektrik
-Pastikan tangan tidak basah
-Jangan menggunakan peralatan yang rosak

PENGELASAN ALAT PEMADAM API
*Kelas A (jenis air)
Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan kertas
*Kelas B (jenis Buih)
-Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat
*Kelas B & C (jenis karbon dioksida)
-Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya
*Kelas A, B dan C (jenis serbuk kering)
-Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C.






*Etika Kerja merangkumi disiplin dan sikap seperti menepati masa, bertanggungjawab, amanah dan patuh kepada arahan.

*Budaya Kerja bermaksud peradaban yang menjadi amalan semua pekerja

No comments:

Post a Comment