Thursday, September 30, 2010

Tingkatan 2 - Bab 5 - Tanaman Hiasan

[Nota] Tingkatan 2 - Bab 5 - Tanaman Hiasan

  1. Pemasuan Semula
    1. Kelebihan menanam tanaman dalam pasu
      1. Tanaman mudah dialihkan
      2. Tidak memerlukan kawasan yang luas
      3. Boleh disusun dengan susunan yang menarik
    2. Kekurangan menanam tanaman dalam pasu
      1. Terhad kepada beberapa jenis tanaman kecil sahaja
      2. untuk tanaman jangka masa singkat sahaja
      3. perlu pemasuan semula apabila tanaman kurang subur
    3. Sebab-sebab pemasuan semula
      1. Pasu retak atau pecah
      2. Pasu terlalu padat dengan akar tanaman
      3. Tanaman terlalu besar atau terlalu merimbun
      4. Tanaman tidak lagi subur akibat kekurangan nutrien
      5. Tanaman kurang segar dan berpenyakit

      Pasu retak hendaklah ditukar
    4. Menyediakan Medium Pemasuan
      1. Medium memasu terdiri dari i. Tanah loam ii. Bahan Organik iii. Pasir Sungai
      2. Nisbah medium memasu ialah
        Tanah LoamBahan OrganikPasir Sungai
        321
      3. Semua bahan medium hendaklah ditapis agar menjadi lebih halus dan tidak mengandungi bahan asing.
      4. Sukat bahan medium dengan nisbah 3:2:1 atau 7:3:2

        Campuran medium memasu
      5. Gaulkan sehingga rata
    5. Memilih Pasu
      1. Pasu boleh dibeli atau menggunakan semula pasu sedia ada
      2. Di pasaran terdapat beberapa jenis pasu
        1. Pasu tanah liat
        2. Pasu plastik
        3. Pasu seramik
      3. Pasu boleh didapati dalam pelbagai saiz , kecil, besar leper dan gantung
    6. Menyediakan Pasu
      1. Pilih jenis pasu yang sesuai dengan tanaman dan kedudukan letak pasu tersebut
      2. Pilih pasu yang lebih besar daripada pasu asal
      3. Jika menggunakan pasu baru , rendam semalaman dalam air
      4. Jika menggunakan pasu terpakai, rendam dalam larutan formalin semalaman untuk membunuh bakteria
      5. Tutup lubang pasu dengan serpihan pasu atau dengan batu kelikir untuk menggelakkan medium keluar ketika menyiram
    7. Langkah-langkah Pemasuan Semula

    Memasu juga adalah proses memindahkan anak pokok daripada beg poli ke dalam pasu
  2. Penjagaan tanaman
    1. Menyiram

      Menyiram
    2. Membaja
    3. Merumput
    4. Mengembur

      Menggembur
    5. Mengawal perosak

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU

NOTA KEMAHIRAN HIDUPTINGKATAN SATU
PENGENALAN
  1. Subjek kemahiran hidup terbahagi kepada 2 bahagian
    1. Teras
    2. Elektif
  2. Bahagian teras diwajibjan semua pelajar mengikuti dan mempelajarinya meliputi kemahiran bahagian
    1. Reka bentuk
    2. Elektrik
    3. Tanaman
    4. Jahitan
    5. Kerja paip asas
    6. Asas perniagaan
  3. Bahagian elektif pula terbahagi kepada 4 pilihan iaitu
    1. Pilihan KT - Kemahiran Teknikal
    2. Pilihan ERT - Ekonomi Rumah Tangga
    3. Pilihan PD - Perdagangan
    4. Pilihan SPN - Sains Pertanian
  4. Subjek kemahiran dipelajari secara lebih khusus di dalam bengkel atau makmal kemahiran hidup
  5. Bengkel atau makmal kemahiran hidup perlulah
    1. Dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan untuk proses pembelajaran
    2. Terdapat ruang yang sesuai untuk pelajar belajar dan membuat latihan
    3. Peraturan yang diamalkan untuk mengekalkan keselamatan , kebersihan , dan keselesaan untuk belajar dan membuat latihan
Peraturan am penggunaan dan keselamatan bengkel kemahiran hidup
  1. Masuk setelah mendapat kebenaran dan arahan daripada guru
  2. Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah
  3. Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel
  4. Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan daripada guru
  5. Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan
  6. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan , segera beritahu guru yang berkenaan
  7. Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan bersih serta kemas sebelum meninggalkannya.

Pakai pakaian yang sesuai dan kasut getah
Keselamatan di bengkel kemahiran hidup
  1. Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan.
  2. Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan , semasa menggunakan dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di bengkel
  3. Guru dan pelajar mestilah tahu bagai mana bertindak apabila berlaku
    1. Kecederaan dan kemalangan
    2. Kejutan elektrik
    3. Kebakaran
  4. Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan sapuan untuk lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan.
  5. Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendakan dilaporkan kepada guru bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat
  6. Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang berfungsi disetiap bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan mudah dicapai.
  7. Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999
  8. Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis utama terlebih dahulu atau menekan suis keselamatan bengkel
  9. Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untuk mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan elektrik
UTAMAKAN
KESELAMATAN



Saturday, August 21, 2010

Kebaikan dan Keburukan menguna ICT untuk belajar

Kebaikan dan Keburukan menguna ICT untuk belajar

Kebaikan

  • Kelas boleh diadakan pada cuti.
  • Tidak payah menyediakan Projector atau alat-alat untuk memberi presentation.
  • Tidak ada orang yang boleh menggangu kelas - membuat bunyi bising.
  • Selesa - tak payah memakai baju sekolah
  • Lebih menyeronokkan.
Keburukan
  • Pelajar boleh "ponteng" kelas dengan memberi banyak alasan yang tidak boleh disahkan - ibu saya tidak membenarkan saya mengguna komputer, saya perlu keluar makan dengan keluarga saya.
  • Tidak akan tahu pelajar tersebut mengguna nama samaran - abang, adik, kawan mengantikan tempat pelajar tersebut.
  • Perlu ada internet yang cepat dan komputer yang berkemampuan.
  • Guru tidak boleh menghukum pelajar.
  • Banyak penganguan - facebook, myspace, youtube.
  • Sesetengah pelajar tidak tahu menguna komputer.

Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satu
Elektrik : Elektif KT
  1. Litar Elektrik
    1. Maksud Litar
      • Satu sambungan lengkap sumber elektrik (sel) dan beban elektrik (mentol) dengan menggunakan pengalir (wayar)

i. Sumber (sel kering) ii. Beban (mentol) iii. Pengawal (suis)
iv. Punca positif (wayar mereh) v. Punca negatif (wayar hitam)


Lukisan skimatik litar mudah

  1. Jenis-jenis Litar
    1. Litar mudah
      • Litar yang mengandungi satu sumber satu beban dan satu pengalir
    2. Litar pintas
      • Litar tanpa beban
      • Litar yang mengandungi wayar pintasan
    3. Litar siri
      • Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri
    4. Litar selari
      • Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara selari
    5. Litar siri selari
      • Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri dan juga selari

Litar asas
A = Beban , B = Pengalir , C = Sumber elektrik


 
Litar Siri
Litar Selari
Litar Siri Selari


    1. Perbezaan litar siri dan litar selari
      Litar SiriLitar Selari
      Voltan
      Voltannya adalah semakin kurang apabila beban bertambah
      Vj=V1+V2+V3.....
      Voltan
      Voltannya sama disemua tempat
      Vj=V1=V2=V3.....
      Arus
      Arusnya sama disemua tempat
      Arus
      Arusnya semakin kurang apabila semakin banyak beban
      Rintangan
      Semakin ditambah beban semakin banyak jumlah rintangan
      Rintangan
      Jumlah rintangan adalah lebih kecil daripada nilai perintang yang paling kecil
      Apabila satu mentol terbakar, mentol yang lain tidak akan menyalaApabila satu mentol terbakar , mentol yang lain akan terus menyala
      Jika ditambah satu mentol, mentol yang lain akan menjadi malap kerana bebanan bertambahJika ditambah satu mentol, nyalaan mentol yang lain tidak akan berubah
  1. Voltan, Arus dan Rintangan
    1. Definisi
      1. Voltan ialah daya yang menggerakkan elektron di dalam pengalir elektrik
      2. Unit sukatan bagi daya tersebut ialah Volt (V)
      3. Arus ialah sejunlah elektron yang bergerak di dalam pengalir elektrik
      4. Unit sukatan bagai arus ialah Ampere (A/I)
      5. Rintangan ialah halangan terhadap pergerakan arus
      6. Unit sukatan bagi rintangan ialah Ohm
    2. Hukum Ohm
      1. Hukum ohm ialah hukum yang menyatakan hubungan di antara Voltan, Arus dan Rintangan
      2. Hukum ohm diperjelaskan oleh lencana hukum Ohm
    3. Contoh pengiraanDiberi voltan=12 volt, rintangan = 4 ohm, cari arus = (?) dalam litar di bawah.
  2. Meter elektrik
    1. Meter Volt
      • Meter yang digunakan untuk menyukat voltan atau daya gerak elektrik(DGE)
      • Terdapat dua jenis meter volt
        1. Meter volt arus terus
        2. Meter volt arus ulang alik
      • Meter disediakan dalam beberapa julat tertentu
      • Meter volt dipasang selari dengan sumber (sel) dan beban (mentol) didalam litar

      i. Meter volt arus terus ii. Meter volt arus ulang-alik
    2. Meter Ampere
      • Meter yang digunakan untuk menyukat kadar pergerakan arus di dalam litar
      • Meter ampere dipasang secara siri dengan sumber (sel) dan beban (mentol) di dalam litar
  3. Meter Pelbagai
    • Kegunaan
      • Untuk mengukur voltan, arus dan rintangan
      • Untuk menguji keterusan litar
    • Bahagian meter pelbagai

      A = Skala B = Skru pelaras sifar
      C = Julat bacaan D = Tombol pemilih julat
      E = Punca positif F = Punca Negatif
      G = Pelaras sifar Ohm H = Jarum penunjuk
      1. Skala
        • Mengandungi skala bagi bacaan rintangan, voltan arus terus, voltan arus ulang-alik
      2. Jarum Penunjuk
        • berfungsi menunjukkan bacaan pada skala
      3. Skru Pelaras Sifar
        • berfungsi melaraskan jarum penunjuk pada bacaan sifar (0)
      4. Pelaras Sifar Ohm
        • berfungsi melaraskan jarum penunjuk semasa menguji rintangan
      5. Prob Negatif dan prob Positif
        • berfungsi menyentuh alatan elektrik dan komponen elektronik
          prob hitam untuk negatif
          dan prob merah untuk positif
      6. Tombol Pemilih Julat
        • berfungsi untuk memilih julat bacaan yang dikehendaki
      7. Julat
        • berfungsi menunjukkan kadar sukatan yang akan diukur
    • Membaca meter Ohm pada meter pelbagai
      • Langkah-langkah membaca meter Ohm
        1. Laraskan tombol ke julat bacaan ohm
        2. Temukan kedua-dua prob negatif dan positif
        3. Laraskan pelaras sifar ohm hingga jarum menunjukkan bacaan sifar (0)
  4. Unit Kawalan Utama Bekalan Elektrik Domestik

    i. Suis Utama ii. Pemutus Litar Bocor ke Bumi iii. Peti Agihan Berfius iv. Soket dan suis 
    1. Fius Perkhidmatan
      • Fungsi - untuk mengawal bekalan jika berlaku arus berlebihan dan untuk memutuskan bekalan kepada pelanggan yang gagal membayar bil penggunaan
    2. Penyambung Neutral
      • Fungsi - menyambung litar rumah dengan wayar bekalan neutral
    3. Meter KWJ
      • Fungsi - untuk menyukat dan merekodkan kadar penggunaan tenaga elektrik
      • jenis - terdapat dua jenis meter
        1. Meter analog
        2. Meter digital

        Meter kWJ jenis diigital
    4. Suis Utama
      • Funsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah
      • Suis ini adalah suis jenis dua kutub satu arah
      • Di dalamnya terpasang fius katrij
    5. Pemutus Litar bocor ke bumi
      • berfungsi memutuskan bekalan elektrik dalam litar dirumah jika berlaku kebocoran arus atau litar pintas
    6. Kotak agihan berfius
      • berfungsi mengagihkan bekalan elektrik di dalam litar
    7. Suis dan Soket
      • Suis berfungsi memutuskan dan menyambung litar kepada alatan elektrik
      • Soket berfungsi menghubungkan alatan elektrik kepada sumber bekalan elektrik rumah

      i. Fius Perkhidmatan ii. Penyambung Neutral iii. Meter Kwj
      iv. Suis utama v. PLCB vi. Kotak Agihan Berfius
  5. Kuasa Elektrik
    1. Maksud Kuasa Elektrik
      • Kadar kerja yang dihasilkan oleh arus elektrik
      • Unit ukuran kuasa elektrik ialah watt (W)
    2. Formula Mencari Kuasa Elektrik
      • Kuasa = voltan x arus ( P = V x I )
    3. Kuasa elektrik alatan elektrik
      • Kuasa elektrik yang digunakan oleh kebanyakan alat elektrik dinyatakan dalam plat perincian
      • Perkakasan yang mengeluarkan haba lebih menggunakan kuasa elektrik berbanding yang mengeluarkan cahaya
      • Contoh periuk nasi elektrik berkuasa 900W sementara lampu pendafluor berkuasa 40W

      Contoh plat perincian sebuah kipas elektrik